PENGENALAN

BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN AL-HAQ
RANACO MARINE SDN. BHD.

Ditubuhkan pada akhir tahun 2014 sebagai salah satu daripada gerakan dakwah yang aktif di dalam Ranaco Marine Sdn. Bhd.

Penubuhan ini telah diluluskan dan ditandatangani oleh
Encik Ahmad Firdaus Bin Ramlan iaitu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Marine Sdn. Bhd.

MATLAMAT
Badan Dakwah dan Kerohanian (Al-Haq) Ranaco Marine Sdn.Bhd ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang lebih peka akan hal ehwal Islam yang kini semakin dilupakan oleh anak-anak muda.

Seperti yang semua maklum, kolej Ranaco Marine Sdn.Bhd pernah digemparkan dengan berberapa isu negatif seperti pergaduhan, ‘couple’, rokok dan sebagainya. Antara kaedah penyelesaian yang boleh dilakukan bagi membanteras gejala negatif sebegini adalah dengan mewujudkan program-program ilmiah yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah seperti penyebaran risalah dakwah, kuliah mingguan, usrah mingguan dan sebagainya agar pelajar Ranaco Marine Sdn.Bhd dapat menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Bagi merealisasikan program dakwah sebegini, satu badan pelajar perlu ditubuhkan sebagai penggerak program dakwah ini.

Ash-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berkata,

“Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada anak mudanya pada hari ini.”

Mutiara kata ini menjelaskan bahawa masa depan sesebuah negara bergantung kepada akhlak anak mudanya pada hari ini. Sekiranya akhlak anak muda di hari ini tidak terjaga, maka masa depan negara akan tergadai kerana bakal dipimpin oleh mereka yang rosak akhlaknya. Begitulah sebaliknya jika akhlak anak muda di hari ini dijaga, maka masa depan negara akan terjamin kerana bakal dipimpin oleh mereka yang mulia akhlaknya.

Jika jiwa Islam mampu dipupuk di umur muda, maka apa yang cuba dipupuk itu akan mudah disemat. Hal demikian akan mengurangkan masalah yang sering berlaku kepada anak muda diluar kampus seperti merempit, salah guna dadah dan gejala sosial. Apatah lagi di dunia ‘Perkapalan’ yang sudah maklum, terdapat banyak godaan yang bakal merosakkan iman seperti rokok, dadah, arak dan wanita. Semoga dengan wujudnya badan kerohanian ini, pelajar Ranaco Sdn.Bhd akan menjadi ‘Pelaut’ yang bukan sahaja mahir dalam perkapalan, tetapi juga mampu mengharungi segala godaan maksiat yang bakal menimpa di masa hadapan kelak. Insyaallah.

“Sesungguhnya manusia dalam kerugian. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling mnasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
(SURAH AL-ASR : 2-3)

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Menjadikan pelajar Ranaco Marine Sdn. Bhd lebih peka akan hal ehwal agama Islam. 
  • Melahirkan pelaut yang professional dan mempunyai peribadi yang mantap.
  • Membentuk pelaut muslim yang seimbang dunia dan akhirat.
  • Mendekatkan pelajar Ranaco Marine Sdn. Bhd dengan suasana Islam melalui program-program ilmiah.


KAEDAH DAKWAH
Dakwah yang akan dibawa oleh Al-Haq hanyalah dakwah daripada Agama Islam yang bermazhabkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Dimana menggunakan Al-Quran Al- Karim sebagai rujukan pertama dan Hadith-hadith sahih sebagai rujukan kedua.  
Al-Haq mengambil pendekatan dakwah dengan cara menganjurkan program-program ilmiah dan dekat dengan hati anak muda pada zaman ini sepertimana yang dianjurkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. 

“didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamanya”. 

Al-Haq melihat anak muda zaman kini sangat mudah didekati melalui program-program yang santai dan mudah diterima. 


MANHAJ

Manhaj yang dibawa pula ialah berasaskan Islam, Ahlul Sunnah Wal Jamaah di mana Al-Quran menjadi panduan utama dan hadith-hadith sahih menjadi panduan seterusnya. Rasulullah SAW dan para sahabat menjadi contoh ikutan.


LOGO


RAKAN AL-HAQ
Merupakan satu medium di dalam alam android yang menjadi tempat penyebaran 'event' atau program yang bakal di buat di dalam BADAR AL-HAQ.
Ia dibuat di dalam bentuk 'group whatsapp' bagi mempermudahkan ahli Rakan Al-Haq untuk mengikuti perkembangan kami.

LOGO RAKAN AL-HAQ



JAMAAH AVICIENA
Merupakan satu jamaah yang menjadi 'kader' kepada BADAR AL-HAQ. 
Di mana tempat BADAR AL-HAQ melatih dan mencari pelapis bagi 
meneruskan legasi perjuangan .

LOGO JAMAAH AVICIENA
MULTIMEDIA
BADAR AL-HAQ mempunyai jalur yang mencetuskan perjuangan melalui multimedia dan alam siber. Ayuh kita jejaki BADAR AL-HAQ di alam siber!!

Twitter    : @badar_alhaq        - https://twitter.com/badar_alhaq
Blogger   : http://badaralhaq.blogspot.com/
E-Mail    : badaralhaqranaco@gmail.com

No comments:

Post a Comment